Tak Pasti Tahap Kritikal Adiknya, Keadaan Terkini Fyna Jebat Penceraian Dengan Zainal Abidin Didedahkan Ayda, Memang Tak Sangka!

Penyanyi Ayda Jebat tak menolak kemungkinan emosi adiknya, Fyna Jebat terganggu berikutan perceraiannya dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan , Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei lalu.

Mengakui sudah lama tidak berhubung dengan Fyna, Ayda atau nama sebenarnys Nur Suhada Jebat, 31, percaya adiknya itu mampu menyelesaikan sendiri kemelut peribadi yang dilaluinya.

“Kali terakhir, kami berhubung pada tiga bulan lalu. Selepas itu, Fyna menghilangkan diri bila mesej dan panggilan telefon tidak dijawab.

“Dua bulan lalu Fyna cuba hubungi saya, tetapi tak sempat jawab. Ketika itu, saya sibuk dengan penggambaran dan memintanya hubungi saya semula pada waktu malam.

“Namun, Fyna terus senyap. Saya tak terkejut pun kerana itu memang cara Fyna, mungkin dalam tempoh bertenang. Fyna tak biasa dengan perhatian media dan warganet.

“Rasanya Fyna juga mungkin sedang cuba lari atau terima hakikat. Saya tak pasti dan tahu tahap kritikalnya. Kalau kritikal, dia akan cari saya. Jika tidak, dia okay,” katanya.

Ayda menambah, meskipun mempunyai pertalian darah, namun lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29.

Saya Mohon Maaf, Fyna Enggan Beri Sebarang Ulasan Kerana…,” - Insiden Di  Kedai Mamak, Ini Respon Ayda Jebat - Media Hiburan

“Kalau boleh saya tak mahu masuk campur urusan peribadi. Dari segi karier, kalau nak suruh buat lagu, dia boleh datang kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Ayda mendedahkan, apa yang berlaku pada Fyna turut memberi kesan kepada keluarga mereka.

“Keluarga semestinya terkesan, terutama emak. Namun Fyna pilih jalan ini.

“Sebagai keluarga, kami terima apa sahaja jalan yang dipilih. Saya harap benda yang terjadi ini terbaik untuknya dan orang sekeliling yang terkesan dengannya,” ungkap penyanyi lagu Pencuri Hati dan Temberang ini.

Silap Sindir Di TV Punca Bertekak Dengan Isteri Tua? Fyna Serah Saja Pada  Polis – Kisah Dunia

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Kontroversi membabitkan Zainal dan Fyna timbul selepas didakwa berkahwin secara rahsia pada awal tahun ini.

Sekian lama mengunci mulut, Fyna akhirnya mengesahkan statusnya sebagai isteri Zainal dalam satu sidang media ketika menyertai sebuah program realiti pada 9 Januari lalu.

Bagaimanapun, Zainal berstatus suami orang dan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zalina Zaini pada 1980. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber Murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply