6 Kali Berkahwin, Satu Masa Dulu Dialah Hero Paling Kacak Di Malaysia, Pernah Memenangi Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH), Ini Keadaan Pelakon Hebat Ini Sekarang!

Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim atau lebih dikenali sebagai Sabree Fadzil. Beliau lahir pada 19 Mei 1961 dan merupakan seorang pengarah, penerbit, dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau mula dikenali sebagai m0del sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987. Sejak itu kelibat pelakon kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem b0x-0ffice seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan M4ut dan Sengk3ta Cinta.

Pada tahun 2008 Sabree muncul kembali dan telah mengarah sebuah filem berjudul Datin Gh4irah. Filem ini dijangka tayangan pada tahun 2011. Sabree juga sempat muncul dalam filem arahan Hairie Othman berjudul 2 Alam memegang salah satu watak utama.

Kehidupan Peribadi Sabree Fadzil

Sabree pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Aznah Hamid dari 1988 hingga 1991 namun kemudian jodohnya tidak kekal lama. Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Habibah Hassan pada 2015. Anak sulung beliau, Nadia Yasliza berkahwin dengan Mohd Hidayat Mohd Nasir, iaitu anak kepada penyanyi dan pelakon M. Nasir pada 25 Disember 2017.

Namun Sabree Fadzil mengaku tidak sunyi bersendirian selepas enam perkahwinannya berakhir dengan perpisahan, sebaliknya tetap ceria ditemani anaknya. Katanya

Sabree yang mengecapi populariti ketika era 1980-an memberitahu, pada usia 55 tahun, tiada perkara lain yang lebih bermakna dalam hidupnya, selain melihat kebahagiaan anak kesayangan.

“Mungkin saya kurang bernasib baik dalam perkahwinan, tetapi itu bukan bermakna saya tidak bahagia. Alhamdulillah, anak saya juga sudah besar, malah ada yang bertemu j0doh”.

“Tahun lalu, saya menerima menantu apabila anak ketiga, Nadia Yasliza mendirikan rumah tangga dengan anak Datuk M Nasir, Mohd Hidayat. Sebagai bapa, saya gembira melihat anak hidup bahagia”

Tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga, Sabree akur, tidak semua wanita dapat menerima rutin kerjanya sebagai anak seni yang tidak menentu.

“Mungkin lebih mudah jika saya bekerja di pejabat kerana jadual kerja tetap. Kerja anak seni ini tidak menentu masa, tidak semua faham kerjaya kami,” katanya.

Sepanjang mencipta nama, Sabree pernah membintangi deretan filem pecah panggung antaranya Sayang, Antara Dua Hati, Bayangan Maut, Operasi Cegah Jenayah, Balada, Sengketa Cinta, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Sabree juga pernah menghiasi filem usaha sama Malaysia-Indonesia antaranya Pendekar Lembah Kuning, Pernikahan Berdarah dan Sumpahan Pocong.

Sabree yang turut menduduki kerusi sutradara pernah mengarahkan filem antaranya Sengketa Cinta, Datin Ghairah dan Tokak, selain lebih 50 drama.

Sedutan ABPBH  1988

Antara gambar terkini,

Sumber Onviral/Wiki/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply