Assalamualaikum. Saya Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang saya nak cerita ni bukan kisah saya, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kak ipar saya.Kami dari keluarga biasa2, 5 beradik. Kak yang sulung dah lama kawin dan tinggal berdekatan. Abang saya, Ali kira2 4 tahun kawin tp masih belum mendapat cahaya mata. Abang yang ketiga dan saya masing2 sudah mendapat cahaya mata.
Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin.Ali merupakan seorang yang biasa2 sahaja, semua ahli keluarga saya bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keliling kampung. Selepas kawin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebelahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain2. Kiranya ada privasi untuk dia dan isteri, Mawar.Rezeki Ali, selepas kawin semakin murah.
Isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala Ali mula berjinak2 menjual nasi bungkus tengahari. Dari van buruk kepada axia, kemudian beli mpv, dan sekarang ada sebuah pacuan 4 roda untuk bisnes dia.Kadang2 isteri saya cemburu, dan membandingkn rezeki kami. Saya cumalah mekanik kampung dengan pendapatan tak seberapa.
Saya cuma pekakkan telinga bila isteri saya meminta saya usaha lebih, kerana bagi saya, tak pernah tak cukup keperluan kami. Sentiasa berasap dapur kami.Ibuku sangat bangga dengan Ali, dan selalu memuji dia. Cuma satu yang ibu selalu mengomel, Mawar tidak pandai ambil hati ibu. Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.Saya memang lihat mawar kurang bergaul, mungkin kerana dia dari negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami.
Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan. Dia rajin melayan anak2 saudara dan tidak berkira berkenaan duit.Suatu hari, ibu meminta Ali serahkn axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar. Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan mpv untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya mpv itu untuk kegunaan keluarga jika mahu ke mana2.Baru-baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang.
Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja.Kebetulan ketika itu Mawar tiada di rumah kerana kursus beberapa hari. Sedang kami berkira2 untuk membuat laporan polis, Ali masuk ke rumah ibu dan marah2. Saya yang ketika itu baru hendak turun kerja, masuk balik ke dalam rumah.Rupa2nya, ada cerita di sebalik kehilangan kereta itu. Beberapa hari sebelum itu, Mawar masuk rumah ibu dan terdengar perbualan ibu, menantu ke 3 dan adik.Mawar cuma tahu habiskan duit suami, Mawar mandul, Mawar tak pernah bagi jasa apa2 kepada keluarga, itu kata mereka.
Mawar berkecil hati dan menipu Ali katanya ke kursus. Pada malam hari dia balik rumah bersama kawan dan ambil kereta adik.Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta2 semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan, tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.Ibu ketika itu ksaya, tidak berkata apa2.
Adik pula menyalahkan Ali, kerana berlagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam2. Ali cuma membalas, pandai2lah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur. Saya cuma menjeling isteriku, yang ternyata terkejut juga.Sebelum keluar kerja saya sempat bisikkan pada isteriku, nah nampaknya semua harta Ali dari isteri, kenapa isteri abang tak boleh bagi macam tu juga.
Saya cuma tergelak ketika menghabiskn ayat itu.Kata Ali, semasa merajuk, Mawar tinggal di rumah baru, yang dibelinya. Masih dirahsiakan lokasi dari Ali. Mawar akan pulang lewat petang untuk mengelak dari bertembung dengan kami sekeluarga sehingga ke hari ni.Hujung minggu juga dia tidak lagi membawa ibu ke mana2. Axia pula sudah diberikan kepada stafnya untuk sambung bayar, meskipun dipujuk Ali, Mawar tetap tidak mahu berikan kereta itu semula kepada adik.
Semua yang mengutuk dirinya, sehingga ke hari ni tidak ditegur.Ibu juga mengatakan wang bulanannya makin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu. Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh. Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor.Saya berharap, mereka boleh berbaik semula. Puasa dah dekat, lepas tu raya. Saya pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi. Cuma saya juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang tersakiti.
– Am (Bukan nama sebenar)
Sumber KRT.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.