Popular Dengan Lagu `Umpama Mimpi Dalam Mimpi`, Tak Sangka Begini Keadaan Penyanyi Itu Sekarang!

Baggio ialah vokalis utama kumpulan Damasutra sewaktu penubuhannya pada 1991 dan telah menerbitkan empat album studio sebelum kesemua ahli kumpulan ini membawa haluan masing-masing pada 1996.

Beliau pernah membintangi beberapa drama dan telefilem di luar waktu kerjanya bersama Damasutra.

Sekitar 2003, Baggio pernah merakamkan semula lagu “Umpama Mimpi Dalam Mimpi” bersama Sham Visa dan Ijam Medicine.

KURANG penampilan dalam mana-mana program televisyen, ada yang beranggapan penyanyi Baggio Damasutra kini sudah tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian.

Baggio atau Bahagia Daharun, 52, bagaimanapun berkata perkara itu bukanlah masalah besar buat dirinya kerana dia masih menerima tawaran nyanyian di majlis hiburan lain.

Audition' di tepi padang bola - Baggio - Utusan Malaysia

“Untuk masih ada cumanya saya lebih utamakan persembahan pentas yang melibatkan acara seperti dinner show, family day mahu pun karnival yang bersesuaian untuk saya muncul buat persembahan secara solo mahupun kumpulan.

“Kami yang dah lama dalam industri ni, kami sudah ada kelayakan untuk kita tidak mengutamakan muncul di televisyen melainkan secara ekslusif tapi sekiranya tak ada tak mengapa kerana permintaan dekat luar masih hangat dan harga bersesuaian untuk kami terus buat persembahan.

Baggio tak kisah sesiapa nak nyanyi lagu Damasutra, tapi...

“Banyak yang lupa walaupun saya tak keluar di tv tapi karya saya masih lagi ada di media sosial seperti Youtube dan Spotify, jangan tunggu satu tempat saja ,kena pelbagaikan peluang untuk rebut peluang sebab tak boleh nafikan mana yang tengah trend itulah yang jadi pilihan utama stesen televisyen,” kata Baggio kepada mStar.

Video,

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply