Rupanya memang betul! Aliff Aziz dan Ruhainies bebas dengan jaminan, bakal ke mahkamah syariah!

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum itu, terdapat beberapa buah kenderaan memasuki bahagian lobi Jawi dipercayai bagi mengambil kedua-dua artis tersebut.

Aliff aziz

Antara kenderaan keluar masuk Jawi dipercayai milik pasangan tersebut.

Sementara itu, Aliff dan Ruhainies bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada awal pagi Sabtu adalah abang iparnya.

Pasangan itu ditahan di sebuah kondominium mewah yang terletak di Kuala Lumpur oleh penguatkuasa Jawi.

Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada Bella sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply