KEMUNCULAN pelakon dan usahawan Rozita Che Wan pada acara Kedah Fashion Week 2022 baru-baru ini mencurl perhatian peminat.
Bagaimanapun kehadirannya menggayakan busana serba putih rekaan Bytwoo mengundang kecaman netizen apabila ia dikatakan menonjolkan aset Rozita.
Tidak hanya itu, ramai menyifatkan pemakaian tudung yang tidak sempurna bersama topi berwarna putih turut menampakkan sebahagian telinganya sekaligus telah mendedahkan aurat.
Tenang menjawab kontroversi itu, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta mengakui kesilapannya dan menerima teguran netizen dengan hati terbuka.
Che Ta menjelaskan tentang fesyen dipakainya ketika muncul di Kedah Fashion Week.
Netizen tegur saya terima. Memang salah saya. Selepas ini kena lebih berhati-hati,” katanya.
Menjelaskan lanjut mengenai isu mendedahkan aurat telinga, Che Ta menjelaskan itu adalah kali pertama dia menggayakan tudung bersama topi.
Pada awalnya kata isteri Zain Saidin ini, bahagian itu tertutup namun ketika berada di acara itu baharulah dia terperasan anak tudung yang dipakai tertarik dan mendedahkan sebahagian telinganya.
“Saya tarik-tarik, nampak juga. Lepas tu post pula (di laman sosial). Sesuai saya kena kecam!,” katanya.
Apa lebih membuatkan Che Ta rasa bersalah, Zain turut menegurnya tentang aurat dan suaminya itu cukup menitikberatkan soal tersebut.
Saya tarik-tarik, nampak juga. Lepas tu post pula (di laman sosial). Sesuai saya kena kecam!
“Zain kata okay tapi nampak telinga sebab bahagian itu aurat. Saya dah terasa sebab suami sendiri yang tegur.
“Suami pula memang cerewet dan particular bab-bab ini,” jelasnya.
Sementara itu, Che Ta turut menjelaskan pakaiannya yang dikatakan menampakkan bentuk buah dadanya sebenarnya tidak kelihatan seperti apa diperkatakan.
Suami turut menegur pemilihan fesyen Che Ta.
Bagaimanapun akuinya, bahagian dadanya kelihatan agak jelas di dalam gambar namun mempersoalkan segelintir netizen yang memfokuskan kepada asetnya itu.
“Baju itu apabila diletakkan pada patung memang lawa, patung pula ’20 sen’, nasi lemak kita pula ‘200’ sebungkus.
“Apabila saya pakai saya tak perasan sangat tapi apabila tengok gambar nampak pula.
“Tapi itulah, tengok gambar tu, bahagian mana yang korang tengok? Kalau tentong dekat situ memang la nampak.
“Cubalah tengok bulu mata saya ke, veil yang saya pakai ke topi ke,” katanya.
Tonton Klip penuh.
Sumber : MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.