Ini Pesanan Najib Razak Kepada Menantunya Sebelum Dia Dibawa Pergi Ke Penj4ra Buat Ramai Sebak

Menantu Datuk Seri Najib Tun Razak, Nur Sharmila Shaheen memaklumkan bapa mentuanya mengingatkan agar anak-anaknya menjaga keluarga sepanjang ketiadaannya bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Nur Sharmila yang merupakan isteri kepada Datuk Mohd Nizar berkata, Najib kekal tabah sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

KEMAS KINI] Najib ke penjara, Mahkamah Persekutuan sebulat suara kekalkan sabitan - Utusan Malaysia

“Beliau minta jaga keluarga dan ‘remain strong’,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada Selasa.

Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini.

Anak Najib mohon maaf, tidak cukup berjuang untuk bapanya

“I’m sorry daddy….” (Maafkan saya daddy)

Demikian luahan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa, sejurus Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd

“Mungkin kita tidak cukup berjuang, mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem keadilan. Mungkin kita terlalu percaya dengan matlamat dan tujuan, menyebabkan kita bertahan sepanjang empat tahun ini.

“Namun, kamu (daddy) tidak mendapat keadilan hari ini, malah kita tidak berpeluang untuk berjuang. malah kita juga tidak berpeluang bertempur. Tetapi Bossku tidak berakhir di sini,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

Anak keempat Ahli Parlimen Pekan itu berpandangan, sistem undang-undang tidak menyebelahi nasib bapanya selepas berjuang selama empat tahun bagi menafikan pertuduhan itu.

Dalam hantarannya itu, Nooryana yang menggunakan nama akaun yananajib berkata, mereka sekeluarga mengagumi kekuatan Najib dan akan terus berjuang bagi memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya.

“Saya berjanji, Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang kamu (daddy), tidak akan berehat sehingga kamu kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.

“Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan kamu dengan saya setiap hari iaitu mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.

“Tetap kuat, ALLAH SWT bersamamu ayahku. (Saya) sentiasa bersama kamu, untuk sekarang dan selamanya,” katanya.

Hantaran itu yang dihadkan komen, menerima kata-kata positif dan semangat daripada kenalan Nooryana dan netizen.

Artikel berkaitan..

Penyokong hampa tak dapat tengok Najib buat kali terakhir

Kebanyakan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dengan perasaan hampa apabila mereka tidak dapat melihat kelibat bekas Perdana Menteri itu buat kali terakhir sebelum dibawa ke penjara.

Walaupun hujan renyai sepanjang petang, penyokong Najib langsung tidak berganjak dari pekarangan pintu belakang Istana Kehakiman di sini dan terus berhimpun sambil melaungkan seruan ‘Hidup Bossku’ dan ‘Allahuakhbar’.

Najib yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam itu dilihat keluar melalui laluan lain sambil diiringi kenderaan polis manakala ahli keluarganya termasuk Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan laluan yang dipenuhi para penyokong.

Tidak kira jantina dan usia, rata-rata penyokong Najib dilihat menitiskan air mata dan berpelukan selepas mengetahui keputusan Mahkamah Persekutuan menerusi laporan-laporan berita di laman sosial.

Kebanyakan penyokong wanita yang setia menunggu Ahli Parlimen Pekan itu sejak awal pagi juga seakan-akan tidak percaya apabila mengetahui nasib Najib.

Difahamkan rata-rata penyokong Najib datang dari serata negeri termasuk dari kawasan Parlimennya iaitu Pekan, Pahang dengan menaiki enam buah bas.

Sekitar pukul 6 petang, kesemua penyokong terbabit mula dilihat meninggalkan kawasan mahkamah.

Terdahulu, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

‘SAYA BUKAN TEWAS, TAPI TAK DAPAT KEADILAN,’ INI KATA-KATA NAJIB KENAPA DIA CAKAP TIDAK DAPAT KEADILAN SEPATUTNYA

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau tidak mendapat keadilan daripada Mahkamah Persekutuan, tetapi bertekad untuk ‘meneruskan perjuangan’.

“Saya telah berusaha sedaya upaya, tapi nampaknya setiap apa yang saya pohon kepada mahkamah ditolak,” katanya kepada penyokong yang berkumpul di luar mahkamah hari ini.

“Saya tidak tewas dalam kes ini. Saya tak dapat keadilan.”

 

 

Najib didapati bersalah, penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Video Kenapa DS Najib Kata Tiada Keadilan

TERKINI: Najib tiba di Penjara Kajang

Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Penjara Kajang jam 6.05 petang tadi.

Beliau dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi kenderaan polis.

Terdahulu, pihak media dilaporkan memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menantikan konvoi yang membawa Najib dari Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, pada jam 5.15 petang, maklumat menyatakan Najib akan dibawa ke Penjara Kajang.

Sumber Utusan/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply