“Aku Boleh Kalahkan Johan Ghazali” – BobT20

Pempengaruh media sosial, Bob T20 mengakui sudah menemui cara untuk mengalahkan jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali.

Perkara itu didedahkan oleh Bob T20 dalam satu sesi audio siar Sembang Ohh Yeah pada Ahad lalu apabila beliau mendedahkan bahawa dirinya memiliki strategi tersendiri bagi mengalahkan Jojo tanpa perlu turun beraksi di dalam gelanggang.

“Sebenarnya aku boleh kalahkan Jojo (Johan Ghazali) tanpa aku masuk dalam ring (gelanggang),” ujar Bob T20 penuh yakin.

Kenyataan berani daripada Bob T20 itu membuatkan hos audio siar, Iskandar Rahman tertanya-tanya sebelum pempengaruh tersebut menjelaskan maksud sebenar di sebalik dakwaannya itu.

“Aku ada pengumuman penting untuk kalian, perkara inilah sebenarnya salah satu sebab utama aku datang ke podcast ini. Aku nak beritahu satu Malaysia tentang perkara ini.”

“Kita semua tahu Johan Ghazali akan menentang Ramadan Ondash nanti dan kalau nak tahu, aku menjadi penaja utama Ramadan Ondash. Kalian boleh tanya dan semak dengan dia sendiri,” umum beliau.

Dalam pada itu, Bob T20 turut menjelaskan bahawa tindakannya menaja Ramadan Ondash bukan kerana tidak menghormati Johan Ghazali, sebaliknya mempunyai sebab peribadi tersendiri.

“Kenapa aku taja Ramadan Ondash dan bukannya Jojo atau petarung negara yang lain? Aku hormat semua petarung kerana mereka wakili Malaysia tapi kali ini ada hal peribadi antara aku dan Johan Ghazali. Tiada kaitan dengan petarung lain.”

“Aku nak tengok Jojo kalah, sebab apa? Apabila dia kalah, bermaksud aku dah berjaya kalahkan dia tanpa masuk ke dalam gelanggang. Oleh itu, aku menaja Ramadan Ondash.”

“Biarlah satu Malaysia kutuk aku kata aku tak hormat Jojo ke apa. Kalau boleh (biar) Jojo knockout pusingan pertama,” kata Bob T20.

Johan Ghazali dan Ramadan Ondash dijadualkan bertarung dalam perlawanan ONE The Inner Circle 24 pada Jumaat, 31 Julai 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Sumber Makan Bola

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply