Raf perli Dr Fazley pasal pegang DSV, tgk Reaksi Dr Fazley Di perli Adik sendiri

Cik Bunga bukanlah hendak jadi ‘polis cinta’, jauh sekali mahu menyekat sesiapa daripada bercinta, bermesra atau menunjukkan kasih sayang. Orang kata cinta itu tidak mengenal usia. Kalau hati sudah berbunga, umur 20 tahun ke, 50 tahun ke, tetap juga terasa dunia ini mereka yang punya.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Cik Bunga perasan ramai pula netizen yang ‘berbulu mata’ melihat kemesraan Datuk Seri Vida (DSV) dan Datuk Fazley Yaakob di media sosial.

Bukan main lagi gaya mereka. Ada babak manja, ada pandangan mata, ada aksi mesra dan suasana romantik yang membuatkan sesetengah netizen tertanya-tanya, apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Cik Bunga baca juga komen-komen netizen. Ada yang geli hati, ada yang terhibur, tetapi tidak kurang juga yang meluahkan rasa meluat.
Alasan mereka mudah sahaja. Kata mereka, masing-masing sudah matang dan bukan lagi anak muda yang baru mengenal cinta. Jadi, perlukah setiap kemesraan itu dipertontonkan kepada orang ramai?

Ada pula yang berkata, kalau benar-benar bahagia dan mesra, simpan sedikit untuk dinikmati sendiri. Tidak perlu semuanya dijadikan tontonan umum sehingga orang yang melihat pula naik rimas.

Tetapi Cik Bunga hendak tanya juga, orang benar-benar meluat atau sebenarnya mereka tidak boleh berhenti menonton?

Sebab pelik juga. Kata menyampah, tetapi setiap video ditonton. Kata geli, tetapi ruangan komen tetap disinggah. Kata tidak berminat, tetapi perkembangan terbaru dua selebriti itu juga yang dicari.

Lebih panas apabila ada netizen mendakwa kemesraan yang dipertontonkan itu sekadar gimik dan kandungan media sosial untuk memastikan nama masing-masing terus menjadi perhatian.

Maklumlah, dalam dunia hiburan sekarang, perhatian adalah mata wang. Sebab itu, ada yang menyindir, jangan-jangan semua adegan romantik itu sekadar ‘umpan’ untuk netizen.

Cik Bunga tidak berani hendak menuduh. Kita yang melihat dari luar tidak tahu apa yang berlaku di belakang kamera.

Mungkin benar mereka rapat. Mungkin sekadar bergurau. Mungkin juga masing-masing tahu bagaimana hendak mencipta kandungan yang membuatkan orang ramai terus bercakap.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply