Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah menafikan dakwaan bahawa suaminya terlalu cepat membuka hati selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah.
Menerusi sebuah sesi temu bual podcast, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menjelaskan bahawa keputusan Shuib untuk mengenalinya dengan lebih rapat dibuat demi kepentingan anak-anak.
Menurut Watie, rumah tangga yang dibina mereka bukan hanya berlandaskan cinta, sebaliknya turut mengambil kira keperluan anak-anak Shuib untuk memiliki figura seorang ibu dalam keluarga.
“Zaman dia (Shuib) kenal saya, orang cakap dia kemaruk bercinta. Latar belakang saya pula ketika itu seksi. “Sebenarnya tidak. Saya saja yang tahu. Dia berkawan dengan saya memang hanya untuk anak-anak. “Saya bagitahu dia, yang saya tahu. Dia kahwin dengan saya bukan sebab cinta tapi sebab anak.”

Watie turut mendedahkan bahawa pada awal perkenalan mereka, dia lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak tirinya berbanding keluar berdua dengan Shuib.
Katanya, ketika itu Shuib masih bergelut dengan kesedihan dan sering termenung mengenangkan arwah isterinya.

“Pada ketika itu, saya suka dia. Saya nampak dia masih termenung, masih dengan kesedihan dia. “Kalau ada 24 jam, 23 jam saya dengan anak-anak tiri. Memang kebanyakan masa saya dengan mereka.”
Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.