Datuk Red terkilan Adira, anak-anak tak hadir majlis resepsi, tak sangka ini puncanya

BUKAN mahu mencetuskan konflik, usahawan Datuk Red menjelaskan dia sudah mengetahui lebih awal mengenai ketiadaan empat orang anaknya bersama penyanyi Adira Suhaimi di majlis persandingan yang berlangsung pada malam Sabtu.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, berkata tiada istilah Adira menghalang anak-anak daripada hadir, sebaliknya ketiadaan mereka disebabkan faktor penjagaan memandangkan kesemuanya masih kecil.

“Anak-anak saya masih kecil dan mereka perlukan perhatian. Saya pula sudah tentu sibuk pada majlis itu, jadi tak dapat nak beri tumpuan kepada mereka.

“Lagipun tak ada sesiapa yang boleh bawa mereka ke sana pada ketika itu. Saya tak nak keruhkan keadaan, memang sebab itu saja,” katanya kepada mStar.

Menurut Adnan, dia mengakui terkilan apabila empat anaknya tidak dapat bersama namun bersyukur kerana cahaya mata yang lain dapat memeriahkan hari bahagianya.

“Memang saya berharap anak-anak saya ada pada hari bahagia saya. Tapi kalau dah tak boleh datang, nak buat macam mana?

“Saya tak nak besarkan isu ini. Kalau soal penjagaan anak, sebenarnya saya boleh saja sediakan orang untuk jaga mereka di sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan turut memaklumkan bekas isterinya turut menerima jemputan ke majlis berkenaan namun memahami sekiranya Adira mempunyai komitmen lain.

“Saya ada jemput Adira. Isteri saya pun ada jemput dia juga. Tapi mungkin dia ada kerja atau hal lain, saya faham,” katanya.

Berkongsi mengenai majlis persandingan itu, Adnan berkata pada asalnya dia hanya merancang mengadakan majlis secara sederhana, namun tidak menyangka menerima tajaan penuh daripada pelbagai pihak.

Kata Adnan lagi, selepas ini dia dan isteri bakal berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah selama tiga hari malah percutian itu juga ditaja sepenuhnya.

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Asalnya saya nak buat kecil-kecilan saja, tapi rezeki isteri saya, ramai yang nak menaja.

“Memang semuanya ditaja. Saya tak keluar duit satu sen pun untuk bahagian saya,” jelasnya.

Sementara itu, Adnan juga tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata bersama isteri baharunya.

“Kalau ada rezeki, saya tak tolak. Saya pun teringin nak ada zuriat dengan isteri saya sekarang,” kongsinya.

Untuk rekod, Adnan dan Rohanita selamat disatukan pada 3 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply