PELAKON Datin Seri Noniswara meluahkan rasa kecewa apabila ada individu menggunakan nama ‘budak jongos’ di Instagram mempertikaikan penggunaan gelaran Datin Seri untuk dirinya.
Menurut Noniswara, 53, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang tujuh tahun perkahwinan dia bukanlah isteri kedua seperti yang didakwa individu tersebut.
“Saya tidak bermadu dan bukan gila gelaran. Dari suami yang dahulu pun saya sudah bergelar Datin. Apa hairan sangat?
Noniswara sudah lama berdiam dengan sikap kurang ajar ‘budak jongos’.
“Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang sahaja. Masa ambil pingat pun saya yang bersama,” katanya.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkongsi luahan hatinya itu menerusi Instagram pada Selasa.
Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Dr Sheikh sejak tujuh tahun lalu.
Menjawab beberapa persoalan lain, Noniswara berkata suaminya itu sudah lama berpisah dengan bekas isteri dan hubungan mereka bermasalah sebelum dirinya mengenali lelaki tersebut.
“Daripada dahulu suami kata dia sudah berpisah. Sebelum saya wujud sudah 10 tahun tidak tidur bersama. Cuma anak-anak tidak boleh menerima hakikat.
“Kalau ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan ketika sambutan hari raya ketiga. Ambil gambar sebab nak jaga hati anak-anak dan suami serba-salah. Mereka mahu tunjukkan kononnya keluarga bahagia,” ujarnya.
Dalam masa sama, Noniswara memberitahu sudah lama dia berdiam diri meskipun diganggu oleh individu tersebut.
Noniswara bersama tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Saya bukan meroyan tetapi terpaksa berterus-terang. Sudah lama kurang ajar dengan saya dan lama saya berdiam. Suami pun dah penat.
“Budak jongos itu adalah kebencian suami saya. Suami selalu mengadu tertekan dengan seorang ini. Tiada siapa boleh nasihat si jongos ini,” jelasnya.
Noniswara bagaimanapun tidak memberitahu sama ada dia mengenali individu itu secara peribadi atau tidak.
Noniswara sebelum ini pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan dengan suami pertama dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sedikit info Noniswara
Datin Seri Noniswara Baharudin (lahir 26 Jun 1990) adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan wanita kelahiran Malaysia. Noniswara aktif sebagai seorang penyanyi sebelum menceburi bidang lakonan. Dia pernah menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus pada tahun 1993 bersama dengan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti.
Noniswara mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya bersama Zakaria Rahman.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.