‘Ada Yg Komen Kata Saya Masih Nak Kan Norman’ – Tak Berdiam Diri, Sekali Kena SekoIah Dgn Abby Abadi

” Tahun sebelum ini ada artis persoalkan kenapa mesti nak raya dengan bekas. bla bla bla…”

Demikian luahan pelakon, Abby Abadi, yang tampil mendedahkan persoalan segelintir pihak yang mempersoalkan keakrabannya bersama keluarga bekas suami yang juga pelakon, Norman Hakim.

Abby berkata, ada dalam kalangan netizen mempersoalkan mengapa perlu menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga bekas suaminya walhal dia telah mempunyai keluarga sendiri.

” Sambung lagi video raya pertama dengan sedikit cerita supaya tiada yang iri hati dan berkata yang tidak-tidak ya. 2022 dah ini… tolong ubah mentaliti.

” Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala…

” Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tidak elok, serta tidak manis.

” Kenapa mesti nak raya bersama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu dan kenapa begini… banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pula salah,” katanya di Instagram.

Gambar: Norman memeluk suami Abby (kiri), Abby bergurau meminta duit raya dari Norman (kanan).

Mengulas lanjut, dia memberitahu merancangan dan berbincang bersama kedua belah keluarga sudah menjadi rutin.

Selain Abby menjelaskan berkumpul beramai-ramai juga sudah menjadi rutin setiap kali menyambut lebaran.

” Bila bergad0h? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya? Tahun sebelum ini ada artis persoalkan kenapa mesti nak raya dengan bekas. bla bla bla…

” Hello! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dan pasangan kami itu? Kami memang duduk berdekatan sangat.

” Bertahun-tahun sudah macam ini, memang ke mana-mana pun rancang sesama kerana anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama.

” Apa yang jadi msaIah sangat itu?

” Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman… aiyo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah itu,” dedahnya lagi.

Dalam pada itu, dia memohon doa agar ikatan sebuah kekeluarga terus utuh hingga ke syurga Ilahi.

” Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redaNya.

” Doakan kita dan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga Firdausi-Nya. Buat baik dan berbaik-baik. Allah sebaik-baik penilai,” ujarnya.

Norman Hakim dipuji tak lupa nafkah bekas isteri

Keakraban antara pelakon Norman Hakim, atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon bersama bekas isterinya, Abby Abadi sering menjadi perhatian ramai di media sosial.

Namun, bukan Norman sahaja, Abby dan isteri Norman, Memey Suhaiza turut dikatakan seperti kembar kerana mereka sangat rapat bagai ‘isi dengan kuku’.

Tahun lalu, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi memuat naik sebuah video di laman sosial Instagram miliknya, mempamerkan suami sedang mengira duit bagi memberi nafkah bulanan untuk dirinya dan Abby.

Walaupun Abby merupakan bekas isterinya, namun aktor drama The Maid itu tetap tidak lupa untuk menunaikan amanahnya memandangkan tiga orang anak mereka tinggal bersama Abby.

” Tengok orang lelaki. Besar tanggungjawab. Bayangkan kalau ‘lagi ramai’. Lagi besar tanggungan. Jadi, pengajarannya hargailah seadanya.

” Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki semua ketua keluarga, suami, bapa dalam usaha menjaga tanggungjawab dan amanahnya,” tulis Memey di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Memey sempat menulis agar para lelaki memahami tanggungjawab besar yang dipikul mereka sebagai seorang ketua keluarga. Lagi ramai, lagi banyaklah tanggungannya.

Sementara itu, dia turut mendoakan semua kaum lelaki bergelar suami dan bapa diberikan rezeki yang cukup dalam usaha menjaga amanah dan tanggungjawab terhadap keluarga mereka.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Abby pula bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercrai selepas 11 bulan berumah tangga.

Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.

Sumber Muzik Jalanan 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply