“Hanya Keluarga Saya Sendiri Saja Yg Tahu” – Izreen Azminda Mula Buka Cerita

Sebelum membulatkan hati menceburi industri hiburan, aktres Izreen Azminda mengakui telah bersedia dari segi mental dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontr0versi.

Izreen atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecuali  dia akan berdepan dengan situasi sedemikian.

“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini tidak menafikan keluarga juga turut terpalit dengan kisah sensasi membabitkan dirinya sebelum ini.

Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.

“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.

“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.

“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.

“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.

Imbas kembali, Izreen mula menceburi karier seni lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2005/2006 sezaman Scha Alyahya dan Datin Rabecca Nur Al-Islam.

Sehingga kini, sudah hampir 17 tahun bintang asal Perlis ini bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Izreen berkongsikan perkara tersebut di dalam program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan. Ini perkongsian penuhnya;

Biodata Izreen Azminda

Siapakah Izreen Azminda, Tarikh Lahir Izreen Azminda, Berapa Umur Izreen Azminda, Adik Beradik Izreen Azminda dan Gambar Terkini Izreen Azminda.

Izreen dilahirkan pada 30 Ogos 1985 di Kangar, Perlis dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Harga' bahagia Izreen Azminda - Kosmo Digital

Pada tahun 2012, Izreen berkahwin dengan pengarah televisyen Muhamad Riza Baharudin namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau. Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.

Beliau merupakan pengacara bagi rancangan Mahligai Cinta Musim Ketiga dan rancangan Layar Kasih di TVi dan RTM.

Untitled — encik-bra: Izreen Azminda Besar benor tetek...

Izreen juga merupakan antara 10 peserta rancangan Gempak Superstar yang bermula pada April 2016. Namun, tersingkir pada minggu keempat bersama Raja Ilya. Sebelum ini, Izreen pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Intan Ladyana, Scha Al-Yahya dan Zara Zya.

Izreen menjadi bintang utama bersama Beto Kusyairy, Syazwan Zulkifly, Elfira Loy, Naim Danial, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Izreen muncul bersama Tony Eusoff dan Soffi Jikan dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI.

Untitled — Izreen Azminda Boleh tahan mengancam muka dia

Beliau ialah bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 dan terkenal dengan peranan lakonan dalam beberapa drama TV termasuk Gerak Khas, Juvana, Kerana Terpaksa Aku Relakan, 7 Suami dan Eksperimen Cinta.

Sumber Sam Sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply