‘Saya Bukan Tewas, Tapi Tak Dapat Keadilan,’ Ini Kata-Kata Najib Kenapa Dia Cakap Tidak Dapat Keadilan Sepatutnya

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau tidak mendapat keadilan daripada Mahkamah Persekutuan, tetapi bertekad untuk ‘meneruskan perjuangan’.

“Saya telah berusaha sedaya upaya, tapi nampaknya setiap apa yang saya pohon kepada mahkamah ditolak,” katanya kepada penyokong yang berkumpul di luar mahkamah hari ini.

“Saya tidak tewas dalam kes ini. Saya tak dapat keadilan.”

Najib berkata beliau sekarang sekadar menunggu keputusan barisan lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

“Kalau keputusan buruk pun, saya minta maaf lah,” katanya.

“Yang penting, perjuangan diteruskan.”

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan mendapati Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat tidak perlu menarik diri daripada menghakimi rayuan terakhir Najib dalam kes SRC International.

Barisan lima hakim dipengerusikan Tengku Maimun sendiri, berkata pihak pembelaan tidak memberikan sebab-sebab munasabah kenapa beliau patut menarik diri.

Najib didapati bersalah, penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Najib didapati bersalah, penjara 12 tahun, denda RM210 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohd Nazlan kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada dana SRC.

Menurut Tengku Maimun, sabitan itu selamat bagi kesemua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara) ,” kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat

Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Video Kenapa DS Najib Kata Tiada Keadilan

Rayuan terakhir Najib jadi tumpuan, Rosmah hadir dalam pakaian serba pink

RAYUAN terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana di Mahkamah Persekutuan hari ini turut dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah yang berpakaian rona merah jambu tiba di Istana Kehakiman pada pukul 1.20 tengah hari, diiringi beberapa individu, lapor The Star.

Selain foto, video ketibaan Rosmah turut dikongsi menerusi media sosial sehingga ia meraih perhatian netizen.

Terdahulu, Najib tiba di Mahkamah Persekutuan pada 9.20 pagi dan dilihat bersama anaknya, Mohd Nizar.

Rayuan terakhir Najib bagi mengetepikan sabitan kes terhadapnya dalam penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) diadakan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Jika rayuan tersebut gagal, bekas Perdana Menteri Malaysia keenam itu bakal berdepan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Sumber Kosmo

 

Be the first to comment

Leave a Reply