Selepas Parlimen Dibubarkan, Fizz Fairuz Tampil Bersuara Buat Ramai Setuju

Umum mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen dalam sidang media semalam, 10 Oktober yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon Datuk Fizz Fairuz.

“Depa Syok Lah…Dapat Jawatan”

Menerusi Insta Stories, Fizz Fairuz akui pihak terlibat beruntung kerana bakal mendapat jawatan berbanding penggiat industri sepertinya yang harus bergelut mendapatkan tawaran berlakon untuk meneruskan kehidupan.

Datuk Fizz Fairuz takes on new challenges this Ramadan by doing more good |  The Star

“Habis semua bubar, depa syok lahh..Dapat jawatan, yang kita ni merangkak dapatkan job macam mana?

“Dah la nak dapat minit payah, bubar pulak..Adoii.”- Tulis Fizz

Lupakan Janji Setelah Dapat Jawatan

Bila saya dapat Datuk?' - Fizz Fairuz

Tambahnya lagi, pelakon filem Mat Tudung ini turut menyentuh tentang tindakan segelintir ahli politik yang dikatakan memberikan pelbagai janji manis dan terus melupakannya setelah mendapat jawatan.

“Sebelum dapat jawatan semua indah, selepas dapat jawatan lupa apa yang dijanjikan..Mandi lahh toqqq.”-Tulis Fizz.

Sekadar info, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen dalam sidang media pada 10 Oktober baru-baru ini. Beliau berkongsi, walaupun parlimen dibubarkan, Pilihan Raya Umum (PRU15) mungkin tidak berlaku secepat ini kerana beberapa negeri belum bersedia untuk membubarkan DUN mereka.

Agong tiada pilihan selain setuju bubar Parlimen, kata Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Gambar: Bernama

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

“Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan perdana menteri bagi memulangkan kembali mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil,” kata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, sejurus selepas Ismail mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini.

Kenyataan itu berkata Sultan Abdullah berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan menjalankan pilihan raya “dalam tempoh terdekat”, dengan mengambil kira monsun timur laut yang diramalkan Jabatan Meterologi Malaysia akan bermula pada pertengahan November 2022.

TERKINI] Perdana Menteri Umum Parlimen Bubar Hari Ini

“Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat.”

Pembubaran Parlimen berlaku ketika bantahan tegas disuarakan ramai pihak, termasuk lebih sepuluh menteri Kabinet Ismail sendiri di mana mereka menulis surat kepada Agong untuk menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini kerana kebimbangan ia dijalankan ketika musim banjir selain dapat menganggu usaha pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Ini diikuti dengan lawatan Sultan Abdullah ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, di mana baginda diberi taklimat mengenai bencana dan persediaan menghadapi banjir.

MetMalaysia sebelum ini menasihatkan supaya kerajaan tidak mengadakan pilihan raya semasa musim tengkujuh timur laut, ketika desakan kuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya PRU diadakan tahun ini.

Bubar Parlimen, PM menghadap Agong? - Berita | Majoriti

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Hisham Mohd Anip berkata, banjir lazimnya berlaku di seluruh negara pada musim tengkujuh.

“Dalam tempoh peralihan pun banyak tempat sudah banjir” katanya pada 6 Okt lalu, memetik kejadian banjir di Perak dan Johor baru-baru ini.

“Jadi dari segi kesesuaian, ia tidak membantu untuk mengadakan pilihan raya.”

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply