Elly Mazlein Belum Tunjuk Wajah Walaupun Sudah Hampir Setahun, Tiba2 Ada Netizen Beritahu Sesuatu Mengenai Anak Pertama Elly Mazlein

Perk0ngsian vide0 pendek daripada hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein di Instagram yang merakamkan kaletah anak keduanya, Haider Mateen baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Haider bakal berusia setahun tidak lama lagi.

Bagaimanapun, vide0 tersebut tidak pula mendedahkan wajah anak lelakinya itu hingga ada yang memberikan reaksi pada ruangan komen.

Ada yang menyamakan tindakan penyanyi lagu Dusta Cinta itu sama dengan selebriti terkenal Neelofa yang belum bersedia berkongsi wajah penuh anak sebelum ini.

“Kawan Bilal Ni. Moga membesar dengan sihat ya,” k0men yang tertera.

Menerusi hantaran sama, ada peminat menyifatkan ia hak Elly sebagai ibu selain menjelaskan artis berkenaan sudah pun berkongsikan wajah Haider di MeleT0P.

“Hak dia la nak tunjuk muka ke d0k yang komen-komen cam Bilal ni pung, doa yang baik-baik udah,” tulis peminat.

Memang tak tunjuk wajah anak dari anak pertama.

“Tak hairan la dari anak 1st dia memang gini. Plus tak tampal tampal sticker laa cuma ambil sipi. Certain event je dia bagi, pastu sipi sipi balik. 0k jur,” reaksi peminat.

“Kak Kepom memang dari anak 1st dia tutup muka. Tak hairan dah,” jelas peminat.

“Pernah tengok dah kedua-dua anaknya. Haider tu siap tunjuk dekat Melet0p tapi kak Lina memang dia camtu. Sekali tu je dia tunjuk, peminat yang terlepas tengok tu bertabahlah,” tulis peminat lain pula.

Sekadar info, Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta namun berpisah pada tahun 2015.

Dia kemudiannya kembali bertemu jodoh pada 2020 bersama seorang guru, Mohammad Azlan Che N0h.

Elly Mazlein ada sebab tutup wajah anak di IG

PENGACARA dan penyanyi Elly Mazlein menganggap tindakan menutup wajah anak di media sosial adalah pilihan masing-masing.

Tidak bersetuju dengan pendapat usahawan jamu Kak KM, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan anak-anaknya terdedah ke dunia glamor.

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom (panggilan dirinya) jauh dari dunia glamor. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jangan pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content,” ujarnya.

Elly

Dalam pada itu, Elly meminta usahawan yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu masuk campur dalam urusan ibu bapa lain menjaga anak mereka.

“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

Sebelum ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegur segelintir artis yang gemar menutup wajah anak dengan sticker di media sosial.

Menurutnya, perkara berkaitan takut disantau atau dikenakan ilmu sihir tidak seharusnya dibimbangkan jika individu tersebut tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

SUMBER:MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan 0leh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda b0leh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply