Adik Ipar Menumpang Rumah Kami Tp Mcm Bos Bsr Plk. Satu Hari Terkantoi Dia Buat Mcm Ni Dekat Anak Aku

Assalamualaikum.. nama aku Nur (bukan nama sebenar). Umur aku awal 30an dan aku adalah seorang isteri (surirumah) serta mempunyai 2 orang anak. Sorang darjah 2 dan sorang lagi 5 tahun. Aku cuma nak meluah dekat page ni dan nak minta pendapat semua.

Hidup aku sangat bahagia disamping suami dan anak2. Dari segi kehidupan serba serbi cukup. Aku ada family yang sangat caring dan hargai aku. Alhamdulillah, mertua pun sangat baik dengan aku. Cuma aku di uji dengan adik beradik ipar dan biras yang kurang beradap dengan aku.

Dalam rumah aku ada adik ipar yang tinggal sekali dengan aku. Suami aku ni dah kehilangan ibu since sekolah rendah lagi.

Lepas aku dan abang mereka kahwin. Adik2 ipar aku memang suka tinggal kat rumah aku kalau dia orang cuti sem. Yang bekerja pulak memang suka datang rumah aku time ada cuti panjang.

Sabtu ahad pun kalau dia orang free mesti datang rumah. Since pkp aritu ada yang belajar online. Then boleh kata sampai sekarang la dia orang stay dengan aku.

Ceritanya sekarang aku rimas dengan perangai dia orang. Sangat2 pemalas tahap dewa aku rasa. Aku tak bnci dia orang. Aku ikhlas jaga makan minum pakai dia orang.aku dah anggap mereka macam adik sendiri. Tapi yang menjadi masalah besar bagi aku sekarang adalah sikap mereka.

Sikap yang aku rasa tak boleh adapt. Aku sejenis yang agak rajin la jugak bila kat rumah sendiri, rumah family aku atau fmly mertua. Kalau rajin terlebih2 aku buat la kek atau apa2 makanan yang boleh dibuat kudap2. Aku dididik dari kecil untuk saling membantu buat kerja2 rumah.

Aku datang dari family yang sederhana. So kerja rumah ni memang aku dah biasa buat. Awal pagi bangun selalunya pkul 5.30 -6.30 pagi macam tu untuk aku mandi ,solat dan settlekan apa yang patut. Aku tak suka buang masa aku dengan benda yang tak berfaedah. Tengok TV berjam2 tu bukan aku.

Bukan kata aku tak tengok TV langsung. Tp aku hadkan benda tu. Sama jugak macam handphone, aku tak suka mengadap terlalu lama.

Aku rasa pening, migr4in kalau tengok lama2. Pastu aku rasa benda tu akan melalaikan aku.

Adik ipar aku pulak jenis yang boleh mengadap handphone dari celik biji mata sampai la ke tengah malam kadang bawak ke awal pagi. Aku sangat pelik. Seriously ,aku tak tahu macam mana mereka boleh hadap handphone 24jam ,duduk dalam bilik dalam keadaan gelap.

Keluar bilik bila perlu aja macam time makan ,nak minum atau ke toilet. Kerja rumah memang tak harap la mereka nak tolong melainkan kalau aku sendiri yang minta TOLONG. Kalau tak minta tolong jangan harap la mereka nak tolong kemas rumah bagai.

Aku la yang settlekan rumah tu sorang2 kalau mereka tak tolong. Masak pun mereka tak tolong kalau tak minta tolong. Takkan la setiap hari nak kena cakap kan. Patutnya pandai2 lah bawa diri bila duduk rumah orang even rumah akak dan abang sendiri.

Mula2 aku okay la lagi, aku anggap aku boleh buat sendiri. Tp lama kelamaan aku rasa mereka macam perhambakan aku. Kadang pinggan mangkuk pun tak tolong basuh.

Rumah aku tak la besar. Standart rumah teres biasa aja. Tp tahulah kalau ada anak yang sekolah rendah dan tadika ni banyak nak kena uruskan.

Settle uruskan rumah nak kena uruskan anak2 pulak. Emosi aku kadang caca merba dibuatnya. Aku tak harap suami aku akan tolong sebab dia dah seharian kerja diluar. Aku tak nak bebankan suami dengan masalah aku kat rumah.

Selain aku kena struggle settlekan anak2 dan rumah yang didiami 7 orang. Aku kena masak banyak juga setiap hari untuk mereka.

Kebiasaannya aku masak sehari 2 kali, breakfast dan juga lunch. Jika tengahari tu makanan dah habis aku terpaksa masak lagi sekali untuk makan malam pulak. Sangat letih tanpa ada bantuan sesiapa. Orang yang tahu saja tahu apa yang aku rasa.

Duduk kat dapur sejam-3jam baru siap masak. Belum lagi hadap tengah masak anak2 menangis, menjerit dan bergduh. Baru potong bawang anak aku pulak nak berak la nak kencing la. Aku serabut bila adik ipar masing2 tak nak bantu aku.

Pakat duduk dalam bilik tengok movie 24 jam. Aku stress. Jika difikirkan kalau aku dengan anak2 saja bole saja aku masak simple2 tak pun start enjin kereta pergi beli makan kat luar. Tp masalahnya kat rumah ni ramai. Aku terpaksa masak 2-3 kali sehari.

Time dah siap masak masing2 makan lepastu basuh pinggan mereka aja. Ada masa mood baik baru mereka tolong basuh perkakas yang dah diguna masa aku masak tadi. Meja makan memang selalunya kotor lepas mereka makan dan mereka susah betul nak tolong lap. Aku stress

Aku sedih. Korang paham tak situasi aku? Kalau ya pun tak tolong masak. Apa salahnya tolong basuh pinggan dan tolong lap meja kemas2 sikit lepas makan. Ermmm…

Adik ipar aku ni kadang rajin jugak order fast food. Aku tak tahu la ada masa tu aku terasa hati betul dengan mereka. Mereka hulur ayam goreng kat aku dan suami. Tp kat anak2 aku( anak buah mereka) tak ada pun nak hulur ayam goreng tu.

Siap marah lagi anak aku yang sulung sebab dia ambil 2 ketul ayam. Anak aku nak ambil sekali untuk adiknya. Salah ke? Kadang tu bila order makanan luar mula la suruh anak aku buat itu ini.

Paksa anak aku kemas rumah selagi anak2 aku tak ikut cakap mereka, mereka tak nak bagi makanan yang mereka order.

Bayangkan budak2 ni memang excited nampak fries,ayam goreng, air berperisa, so that time kelam kabut anak2 aku kemas. Pakcik makciknya elok plak makan sambil gelak2.

Aku terasa hati sangat2. Kenapa kej4m sangat sedangkan aku sendiri pun tak pernah paksa mereka buat kerja rumah. Mereka duduk rumah aku bukan sehari dua.

Bertahun dah lamanya. Aku dan suami belanja makanan sehari2 beratus malah beribu habis untuk penuhi keperluan makanan harian utk seisi rumah. Aku dan suami tak berkira pun. Aku sedih kalau mereka perlakukan anak2 aku macam tu.

Aku tak tahu la macam mana kalau aku dan suami ditakdirkan pergi dulu. Aku harap kalau yang pergi dulu nanti biarlah aku. Aku tak nak hadap masalah dikemudian hari.

Sedangkan suami masih ada pun mereka tak jaga hati dan perasaan aku dan anak2 buah mereka. Apatah lagi kalau suami aku tak ada nanti. Aku tak minta tp ini kitaran hidup kita, yang hidup pasti akan maati kan. Apalah nasib anak2 aku nanti.

Tiap kali kalau aku dan suami keluar. Aku akan bungkuskan makanan untuk adik2 ipar if kat rumah tak ada makanan. Mereka bukan jenis rajin masak. Makan maggi seminggu pun tak apa bagi mereka.

Kalau ada duit macam biasa la order food panda aja. Sanggup sebab malas nak masak heavy2. Padahal dalam freezer bnyak saja bekalan makanan basah kami simpan buat stok.

Dari apa yang aku cerita ni hanya 20% saja perangai mereka. Ada baiknya mereka ni. Cuma aku tak berkenan tang kemalasan tu la. Boleh skit jiwa dibuatnya. Lagi 1 aku tak boleh brain dengan adik ipar aku tu jenis 2-3 hari pakai baju yang sama. Malas mandi.

Cadar tak bertukar selagi aku tak suruh. Tuala tak tau la berapa bulan sekali dia basuh. Baju dalam bilik bertimbun menggunung tak berlipat. Baju basuh 2 minggu sekali. Toilet plak nak kena suruh basuh barulah mereka basuh. Citer pulak pasal biras aku ni.

Dia cukup suka masuk bilik aku. Korang tau kan bilik kelamin ni mana boleh suka2 masuk tanpa kebenaran. Tak kan tak belajar adab kot.

Bilik aku master room so ada toilet la.sebab tu di tiap kali datang cukup suka masuk bilik aku untuk guna toilet.

Toilet kat dapur tu ada saja. Aku pelik betul la. Suami aku pun tak berkenan dengan cara adik ipar dia tu. Kadang kami tengah berdua2an dalam bilik boleh pulak biras aku ni melulu masuk bilik kami tanpa izin. Alasan nak guna toilet kami.

Ya Allah, aku Betul2 annoying dengan persekitaran ni. Biras aku ni perempuan ye. Suami dia pulak aku tengok 2×5 saja perangai tak tau malu. Aku ni tak pernah lagi la masuk bilik mak bapak aku tanpa izin.

Masa kecil lagi mak aku dah ajar tak boleh masuk bilik orang lain sesuka hati. Since biras aku rajin kluar masuk bilik aku tanpa izin. Aku jadi panas hati dengan dia. Kadang aku terpaksa perli anak2 aku cakap kuat2 kalau anak2 aku nak masuk bilik.

Sedangkan aku tujukan ayat perli tu kat biras n ipar aku tu. Tp sayangnya macam tak paham pulak mereka ni. Dulu rapat tp sekarang tak lagi. Belum lagi dia buat perangai malas dia. Stresss aku weii.

Aku tak tau nak hadap berapa lama lagi semua ni. Aku fed up. Aku buntu. Tolong la bagi kata2 semangat kat aku untuk aku teruskan hidup.

Masalah aku tak besar mana. Tp tak mustahil boleh jadi masalah paling besar dan rumah tangga aku porak peranda 1 hari nanti kalau aku meletop.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.

Azayati. Senang jer sis.. kena tegas. Bgtau suami apa sis rasa..
Pastu buat mesyuarat tergemp4r satu family and tegur depan2.. bab biras and adik ipar tuh tegur jer bgtau pasal masuk bilik korang secara melulu, sbb dah pernah sindir tp diorang tak paham..

Bagi sebulan untuk adik ipar berubah, kalau diorang still sama and protes, lantakkan jer diorang.. masak sendiri2, kemas sendiri2.. and hack kipas or lampu biar tak menyala.. Cara halus gituu..

Yg biras tuh, kalau datang and malas nk layan takyah bukak pintu.. senang

Noor afzan. Silap ko sbb xnak bebankan suami ko dgn masalah rumah padahal masalah rumah tu adik2 dia…ko bincanglah dgn dia, bgtahu semua nih…pastu laki ko laaa kena settlekan dgn adik2 dia…x kira laaa sound ke, suh keluar cari rumah lain ke…apa2 pun, ko kena bincang ngan laki ko.

Kalau nak duduk gak kat rumah tu, masing2 kena amik tanggungjawab…pasal makan, suh sendiri2 jek laaa…dh kawen pun duduk ngan ko dah kenapa?

Mmg syok laaa kawen xde tanggungjawab,pastu siap ada bibik dlm rumah…baik berpada2, jgn sampai kena pijak….time to take action dh skg…

ni bkn pasal menyusahkan ko tp nak ajar skit dema tu supaya ada tanggungjawab and belajar berdikari…jgn sbb xde mak, ko nak amik kesempatan dgn akak ipar ko plak…

agaknya kalau ada mak, jd org gaji derang jek laaa mak tu…dh, ko pi bincang ngan laki ko utk settllekan masalah ni…duk ckp kat sini pun x settle gak masalahnya

Nura. Paham..mmg stress..lagi² part deme gelak² tgk ank kite tergedik² nak mknan yg diorg beli tu.
So..mulai hr ni mula minta diorg duit bulanan as sewa rumah sekali bill 4pi air. 1kepala rm300 lumsup. Ckp je baik² jgn perli² taw..

Cukup waktu minta je duit.. ingat. jgn ade niat nak gduh..tp minta je duit dgn muka tebal.

Nnt lama² diorg akan paham dan mula amek langkah keluar dr rumah tu..tp awk kne ingat benda ni bukan sebulan 2 je taw.. akan makan tahun.

So, alang² awk seorg yg sabar, so awk kena sabar dgn progress minta duit sewa ni.. good luck sis. I taw u seorg yg baik ht..tp keadaan yg buat u jd memendam rase. Xpe..bukan salah sesiapa pon.

Kredit iiumc

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply