“Rasa Macam Nak Muntah Dan Mual” – Bekas Pelajar SBP Dedah Pernah Dipaksa Rendam Tangan Dalam Air Darah Haid

Seorang bekas pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), Dayana Safiyah, 19, berkongsi pengalaman buruk yang terjadi kepadanya ketika zaman belajar.

Menurut Dayana, ketika berumur 14 tahun, dia pernah dipaksa memegang tuala wanita yang mempunyai darah haid sebagai hukuman kerana ada pelajar lain yang terlupa untuk membuangnya.

Memetik laporan mStar, Dayana memberitahu jika ada antara pelajar yang tertinggal tuala wanita dan tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut, semua pelajar dalam aras yang sama akan didenda dengan diarahkan memegang tuala wanita terpakai secara bergilir.

Kalau ada antara kami tertinggal tuala wanita dan tidak mengaku itu miliknya, semua pelajar dalam aras tersebut akan didenda…

…Kami disuruh pegang tuala wanita terpakai tersebut secara bergilir ataupun rendam tangan dalam baldi yang mereka campurkan darah daripada tuala wanita itu dengan air.”

Bercerita lebih lanjut, Dayana berpendapat bahawa guru-guru di sekolah berkenaan tahu tentang hukuman yang menjijikkan itu, tetapi mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pelajar senior.

Saya rasa cikgu-cikgu pun tahu, cuma mereka tidak kenakan apa-apa tindakan kepada senior.”

Dalam pada itu, Dayana sempat menggambarkan perasaan jijiknya ketika dihukum oleh senior untuk memegang tuala wanita terpakai.

Semasa pegang tuala wanita tersebut, ada rasa macam nak muntah dan mual. Rasa geli, tambahan pula ada darah pada tuala wanita tersebut…

…Memang lepas pegang, tak berhenti cuci tangan, gosok pakai segala sabun yang ada.”

Menjengah ke ruangan komen video TikTok yang dimuat naik Dayana, rata-rata netizen berkongsi pengalaman dihukum dengan cara yang hampir sama ketika belajar di asrama.

 

 

 

 

 

 

Video,

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply