Pelakon Anita Baharom Selamat Bernikah, Mas Kahwin Yang Jadi Perhatian

Kuala Lumpur : Pelakon Anita Baharom,39, selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dengan sekali lafaz jam 11.50 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.

Selepas hampir setahun menjadi balu , Anita kembali menjadi isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City, di sini, yang dihadiri lebih 100 tetamu.

Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.

Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.

Difahamkan, suami Anita berstatus duda dan ini merupakan perkahwinan kali kelima buat Engku Isyamuddin. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Pasangan mempelai melahirkan rasa kesyukuran di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.

Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

Terima DM Suruh Tunggu Setahun Selepas Pemergian Suami, Anita Baharom Nikah Esok – ‘Mereka Tak Duduk Tempat Saya’

Pelakon, Anita Baharom, 39, berkata dia perlu menahan sabar terhadap segelintir individu yang menghantar mesej secara DM (direct message) ke Instagram, selepas mengetahui dirinya bakal berkahwin lagi.

Mereka tak duduk di tempat saya

Menurut Anita, individu tersebut memintanya untuk menunggu sekurang-kurangnya setahun selepas pemergian suami.

Saya hanya mampu bersabar menerima mesej-mesej seperti itu. Kalau jawab nanti, dibimbangi jadi persepsi lain pula. Apapun, saya berterima kasih sebab masih ramai lagi yang mengirimkan mesej positif melalui Instagram, termasuk mengucapkan tahniah di atas jodoh ini.

Pada saya, biarlah orang nak cakap apa saja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang saya tanggung. Apa trauma saya alami hingga sekarang. Mereka tidak duduk di tempat saya dan buat apa nak melayan dan terlalu memikirkannya. Saya anggap kehadiran jodoh baharu ini rezeki daripada Allah. Setiap orang itu, dugaan dan jalan hidup ditempuhi berbeza-beza. Saya pula menerima semua ini dengan dengan rasa syukur, reda dan seikhlas hati.

Sebelum ini, Anita memberitahu dia bakal bernikah kali kedua esok dengan Engku Isyamuddin Tuan Losin di Subang Jaya, Selangor. Difahamkan, bakal suami Anita berstatus duda. Namun, kedua-dua mereka sudah saling mengenali sejak 2017. Bagaimanapun, hubungan pasangan ini mula rapat selepas Anita habis edah.

Sumber Ohbulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply