KUALA LUMPUR: “Satu hari nanti kita hanya menjadi sekeping gambar dan kenangan,” demikian tulis isteri penyanyi dan pelakon era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman menerusi hantaran dalam Instagram (IG) yang memaparkan foto keluarganya.
Hantaran dalam IG itu sekali gus mengundang persoalan ramai berhubung status rumah tangga ibu bapa kepada penyanyi Shila Amzah apabila sebelum ini, ada dakwaan mengatakan ND Lala bernikah satu lagi secara rahsia.
Menerusi dalam hantaran sama, Fauziah dilihat meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa dalam menentukan kehidupannya pada masa akan datang.
“Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kurnia-Mu sampai hari ini.
Menerusi hantaran dalam IG, Fauziah dilihat meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa dalam menentukan kehidupannya pada masa akan datang. – Foto IG Fauziah Sarman
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan buat seluruh ahli keluarganya.
Terdahulu, seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dilaporkan berkahwin dua secara rahsia sehingga timbul dakwaan, individu itu adalah ND Lala.
Difahamkan, isteri baharunya masih muda dan mempunyai perbezaan usia jauh dengan artis terbabit.
Status ibu Shila Amzah cetus tanda tanya.
Status terbaharu Fauziah Sarman, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala yang didakwa berpoligami menimbulkan persoalan pada kalangan warganet.
Fauziah menerusi hantaran Instagram pagi ini menulis perkataan yang mempunyai maksud mendalam.
“Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH.
“Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH,” luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything.
Apapun, ia mencetuskan spekulasi sama ada ayat terbabit ditujukan kepada pihak lain ataupun sekadar untuk mengingatkan dirinya sendiri.
Namun, tinjauan di ruangan komen mendapati ada pengikutnya menganggap ayat ditulis itu mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya.
Tidak kurang ada juga yang mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia.
Semalam, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala tidak berjaya apabila dia tidak memberi sebarang balasan.
Manakala, percubaan untuk mendapatkan komen Shila menerusi pembantu peribadinya dikenali Aini tidak berjaya dengan alasan Shila sibuk membuat persediaan konsert solonya di Plenary KLCC pada Sabtu ini.
Isnin lalu, Harian Metro melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.
Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.
Sumber Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.